“I'm the one that's got to die when it's time for me to die, so let me live my life the way I want to.”

Monday 24 September 2012

TELUK BAHANG,BATU FERRINGHI

Assalmmualaikum dan selamat petang semua :)

okay entry aku petang ni pasal trip aku dengan kawan kawan kelas ke TELUK BAHANG . serius happy gila sangat ,fun lah !! hahahah . macam macam lah kiteorang lalui kat sana .Sampi je kat pulau kiteorang pergi QUEENSBAY , cari haziq punya gitar tapi tak jumpa sebab kedai semua dah nak tutup .actually aku paling suka masa berhenti makan ,kat mana pun aku dah lupa . yang penting kiteorang da masuk pulau (pulau pinang).kiteorang berhenti makan pukul 11 lebih maybe .tak ingat .then lepas makan semua ,eva tanya kat kiteorang semua ,"korang ada tak benda yang tak puas hati ke apa ke ?",eva tanya kami sorang sorang . tiba turn aku , aku cakaplah yang aku sebenarnya tak de masalah , tapi aku just touching lah dengan korang . yela sebab petang tu sebelum kiteorang bergerak , akak aku ada call,dia suruh aku ajak lah membe membe semua tidur dekat rumah dia,kat seberang perai . aku excited kot bagi tau farah semua pasal ni . sat g aku call farah , tanya dia nak tak . tapi aku dengar suara dia cam nak tanak je . okay fine ! so aku relaxx jela . tuptup dalam kereta time on the way ke penang , aku dengar zila cakap kat eva "kita makan dalam pulau jela " sejak tu aku taleh blaa , then aku pun nangis *aku memang kuat nangis,heheh* aku nangis bukan sebab apa , sebab aku sedih teringatkan akak aku dah susah payah kemas rumah dia , dah suruh kawan kawan dia sapu rumah , dah bentang tikar untuk kiteorang tidur , tetiba tak jadi . sedih bhaiii !! dah banyak lari ni ,heheh . lepas aku cakap cam tu , aku dah tenang gila .

lepastu,masalah semua pun dah settle , dorang cakap tak best lah kalau kita nak buat kerja tapi ada yang muka ketat . selesai semua , sat g sape ek cakap , sepatutnya record .ALAMAAKKKK !!dah kena acting semula . hahaha . kiteorang pun acting balik *kiteorang kan best actor ,hahahah* .

banyak lagi actually aku nak cerita tapi tak best sebab gambar or vedio takdak . takpe , esok esok aku update lagi then aku akan masuk kan certain vedio yang TERBAIKK !!!

Tuesday 18 September 2012

HEAVEN :D

Assalammualaikum semua :D

Indahnya harini , whole day kelas cancelled . hehehe , tapi nanti masak lah kena ganti balik . walaupun aku dah bangun awal  , dah gosok baju 2 pasang ,tetiba kelas cancelled . takpelah saya maafkan encik .baguss kan perangai aku ?seronok sebab kelas cancelled .dahlah tak lama lagi nak FINAL EXAM .haa , semalam je lecturer STATISTIK aku dah tukar , baik baik puan farizah yang ajar , ni dah husband dia,encik majdi yang ajar kami semua . gelabah gila husband puan , tengok wife dia mengajar cool je .tapi aku pelik kenapa ladies ladies kat poli ni tergila gila kan dia sangat means suka cara dia mengajar.but En majdi ni aku tengok cara dia mengajar memang 100% ikut cara pembelajarn di politeknik . TERBAIK !

CLASS PUNYA PASAL ...

Assalammualaikum semua :)

aku bengang gila hari ni sebab kelas english CANCEL . punya berebut aku bangun awal pagi tadi semata mata nak pergi kelas *taklah awal mana sebenarnya , kelas pukul8 tapi pukul7 lebih baru aku bangun* .Dah keluar bilik , on the way nak pergi kelas , tuptup ! aku dapat message daripada penolong kelas " class cancelled.pengarah call me for meeting "*message asal daripada lecturer aku* . Aku macam nak kena serang penyakit stroke pun ada .yela,punya excited semalam tido lambat semata mata nak siap kan preparation untuk harini tetiba kelas batal pulak .


lastly lepak dengan kawan-kawan dekat cafe pentadbiran , ingatkan nak balik bilik ,yela 2jam kelas cancelled . kelas seterusnya pulak pukul10 ,lama tuuu . tapi fikir-fikir balik tak payah lah masuk bilik , lepak dengan kawan lagi best , lagipun kiteorang ada benda nak discuss sikit .first time , sarapan kat poli *padahal minum air je* ,hehehe


*abaikan muka HODOH aku*

Monday 17 September 2012

ENGLISH PUNYA PASAL !

Assalammualaikum dan selamat semua ...

esok ada presentation , aku harap aku dapat lakukan dengan terbaik . kekadang ada juga terasa tension tapi aku try atasi stress aku tu dengan cara BUAT BODOH . tapi buat bodoh tu takdalah sampai semua kerja aku tak buat , aku just nervous je . esok turn aku yang ke 4 . tapi ada baik nya juga kena awal daripada turn aku yang last sekali . settle cepat tenang sikit jiwa aku . Next week , kena turun penang sebab ada assigment luar yang kena aku lakukan . banyak kerja sangat , tak lama lagi FINAL EXAM pulak . but aku bersyukur sangat sebab aku punya FINAL subjek 3 je iaitu STATISTIC,ECONOMICS and BASIC ACCOUNTING .


jam telah menunjukkan pukul12 malam . mata dah ngantuk . kalau ikut hati nak tidur tapi ada kerja yang tak di setle kan lagi . Ni lah akibatnya kalau orang buat kerja last minit . bab menghafal apa yang nak di cakapkan esok dah settle , tinggal untuk Q&N je , aku taktau nak buat soalan apa .korang ada cadangan tak ?*macamlah koranng boleh bagi aku response kan* . takpalah aku nak sambung buat kerja semula . baibai semua :) GUDNITE !

*Selamat malam semua :)*



RUTIN HARIAN KU


Selamat petang semua :)

korang nak tahu tak apa benda aku buat kalau aku dah boring tahap gaban gila ? haaa,bila da boring gila dalam bilik then tengah lapar gila ,benda yang aku akan buat dengan roomate kesayanganku tu ialah MAKAN MILO . ni semua roomate aku yang ajar . boleh tahan sedaplahh . tapi kalau nak makan milo tu mula mula sekali mestilah kena iron dulu dengan seterika baru boleh makan , baru milo tu keras macam kayu *hati hati boleh jonggang gigi kalau makan milo tu *
* INILAH MILO YANG AKU CAKAP TADI*











Assalammualaikum dan selamat petang semua !

kenyangnya perutttt ...hehehe . korang da makan ?makan apa? tadi aku makan ayam masak kunyit lepastu tambah pulak dengan sayur kacang panjang .boleh tahan lah sedap . harga pun berpatutan . dekat poli aku ni ada 2 cafe , satu cafe siswi satu lagi cafe siswa . tapi aku lebih suka makan dekat cafe siswa , bukan sebab banyak jantan kat situ , tapi aku suka dengan service yang dorang berikan . paling penting tempat dia BERSIH ! hehehe ...


*ni roomate aku ,  mashitah . kiteorang baru je lepas makan *

Sunday 16 September 2012

Assalammualaikum dan selamat pagi semua ,

 arrrggghhhh , sedar tak sedar hari ni dah hari isnin . esok dah start kelas , dah start presentation untuk subjek english communicative , tension nya !!! *hentak hentak kepala kat atas katil* . sepanjang bercuti 3hari di kamsis ni ada jugak lah benda berfaedah yang telah aku lakukan,iaitu berjogging .hahahahha*kelakar kan* .




*bersama dengan naziah,classmate ku :P*



*sempat kejap berposing kat PTSS*